fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perak, Terengganu, Pahang, Kuantan, Selangor dan Sarawak.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Selain itu, Kuantan di Pahang serta Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor turut terlibat dalam cuaca buruk itu,” ujarnya.

Bagi negeri Sarawak, keadaan sama tertumpu di Samarahan (Simunjan), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI