fbpx
Tangkap layar video menunjukkan bangkai paus terapung di bawah sebuah lebuh raya di Pulau Madura kelmarin. - TikTok

Paus terapung bawah jambatan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Pengguna jalan raya di Pulau Madura terkejut apabila menemui bangkai seekor ikan gergasi dipercayai paus, terapung di bawah sebuah lebuh raya, lapor portal berita Detik. 

Penemuan aneh itu berlaku di Selat Madura, bawah Jambatan Suramadu. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @darur_wr menunjukkan makhluk misteri itu terapung di tengah laut dalam keadaan tidak bernyawa. 

Orang ramai percaya  ia adalah bangkai paus kerana saiznya yang besar. 

Ketua Badan Perikanan dan Kelautan Jawa Timur, Isa Anshori menjelaskan bahawa bangkai itu ditemui terdampar di tengah Selat Madura sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) kelmarin.  

“Bangkai itu sudah beralih. Kami telah mengerahkan sebuah pasukan untuk melakukan pencarian untuk mengetahui keadaannya. 

“Paus yang memasuki Selat Madura berisiko terperangkap kerana perairannya yang cetek dan sempit,” kata Isa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN