PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sabah dan WP Labuan.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 9 pagi ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah seluruh negeri Perlis, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak manakala Dungun dan Kemaman di Terengganu,” ujarnya.
Amaran di kawasan lain termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.
Seterusnya, Kuching dan Samarahan di Sarawak, Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah dan WP Labuan. – KOSMO! ONLINE















