fbpx
GAMBAR fail jet tempur F-35. - Foto Lockheed Martin

Singapura terima 4 jet tempur baharu F-35 tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata bahawa kumpulan pesawat pejuang F-35 pertama daripada 20 pesawat yang ditempah oleh Singapura akan dihantar menjelang akhir tahun depan, lapor portal berita asiaone hari ini.

Semasa lawatan ke fasiliti pengeluaran Lockheed Martin di Fort Worth, Texas, di mana F-35 Singapura  dibina, Menteri Pertahanan Singapura, Chan Chun Sing menyifatkan penghantaran itu bukan sahaja pencapaian penting, tetapi juga  langkah signifikan dalam perjalanan yang panjang.

“Ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi merupakan langkah dalam perjalanan panjang yang akan kami  tempuh bersama Lockheed Martin, rakan-rakan kami dalam kerajaan Amerika Syarika t(AS), Tentera Udara AS dan komuniti di Ebbing (AS),” katanya.

Pemerolehan F-35 adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang Mindef dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk membangunkan armada pesawat pejuang masa depan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Armada masa depan itu akan merangkumi gabungan pelbagai jenis pesawat F-35A, F-35B dan F-15SG bagi memenuhi keperluan pertahanan Singapura. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN