fbpx
Mohammad Rais (tiga dari kiri) bersama barisan pemimpin AMK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor ketika ditemui di IPD Dang Wangi hari ini.

Ugutan bunuh terhadap PM, AMK buat dua laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) tampil membuat dua laporan polis berhubung video tular yang mengandungi ugutan bunuh dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan AMK Wilayah Persekutuan, Mohammad Rais Hamdan berkata, dua laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, kira-kira pukul 8 malam tadi.

“(AMK) ingin menegaskan bahawa kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan ugutan bunuh seperti ini yang boleh menjejaskan keharmonian yang telah lama kita bina di negara ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor, Abdullah Zaid Abdullah Sani.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Din, mengesahkan menerima laporan terbabit ketika dihubungi hari ini.

“Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” katanya.

Terdahulu, satu klip video tular di TikTok memaparkan ucapan seorang individu yang mengandungi ugutan kepada Perdana Menteri di Kampung Sungai Baru hari ini.

Berdasarkan video terbabit, individu itu mendakwa dia pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di atas tuduhan merancang untuk membunuh Perdana Menteri.

“Itu dakwaan, jangan sampai saya buat betul-betul,” katanya dalam video berkenaan ketika hadir bersama penduduk pada operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN