fbpx
M. Kumar

Ancaman ugutan fasiliti LNG Petronas di Bintulu dalam siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengenal pasti pihak yang menghantar mesej ugutan berhubung ancaman terhadap fasiliti gas asli (LNG) milik Petronas di Bintulu, Sarawak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, ketika ini kes berkenaan masih lagi dalam siasatan dan langkah-langkah memperketat lokasi ancaman sedang dilakukan.

Katanya, berdasarkan ugutan yang diterima, ia bukan dituju kepada mana-mana individu, sebaliknya terarah kepada fasiliti tersebut.

“Kita masih dalam proses siasatan, mengenal pasti siapa yang hantar ugutan tersebut.

“Dari sudut kawalan dan keselamatan, kita akan memperketatkan dan pastikan (tiada ancaman keselamatan),” katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (Nafsle) 2025 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG di Bintulu mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta susulan ancaman yang diterima.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan memaklumkan langkah itu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan terhadap ancaman berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN