fbpx
Pesawat F-16 dikesan menghampiri kapal tentera laut AS sekali lagi. - Wikicommons

Ketegangan AS-Venezuela meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi amaran akan menembak jatuh pesawat tentera Venezuela sekiranya ia terbang dalam keadaan yang membahayakan kapal perang Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun UK.

Peningkatan ketegangan baharu itu berlaku selepas beberapa jet pejuang Venezuela, F-16 terbang menghampiri kapal pemusnah AS buat kali kedua ketika Trump memberi amaran kepada Presiden Nicolas Maduro.

Trump telah mengerahkan lapan kapal pemusnah tentera laut AS ke perairan tentera Caracas sebagai sebahagian daripada perang habis-habisan beliau terhadap kartel pengedar dadah. 

Ketika ditanya sejauh mana jet itu menghampiri kapal, Trump berkata, beliau tidak mahu mendedahkan butiran tersebut.

“Jika mereka meletakkan kami dalam kedudukan berbahaya, ia (pesawat) akan ditembak jatuh,” katanya.

Ketika ditanya tentang apa yang akan dilakukannya sekiranya Maduro menerbangkan jet ke atas kapal pemusnah AS sekali lagi, Trump menjawab: “Mereka akan menghadapi masalah.”

Situasi itu berlaku selepas AS mengebom bot penyeludup dadah awal minggu ini yang dikatakan membawa anggota kumpulan terkenal Tren de Aragua. 

Serangan maut itu mengorbankan 11 orang.

Perkembangan terbaharu itu menambah ketegangan antara Washington dan Caracas yang bermula pada permulaan penggal Trump apabila beliau berikrar untuk memusnahkan kartel dadah. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI