fbpx
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) dan Wilson Ugak merasmikan Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Kandungan Digital  2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru. - Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

Ekonomi kreatif ASEAN bernilai RM4.5 trilion menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Negara ASEAN mempunyai potensi menjadi peneraju dalam sektor ekonomi kreatif dan digital global dengan ekonomi sektor berkenaan di rantau ini dijangka mencecah AS$1 trilion (RM4.5 trilion) menjelang tahun 2030.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, rantau ini mempunyai bakat dalam kalangan generasi muda dimana separuh daripada 680 juta individu terdiri dalam kalangan individu berusia bawah 35 tahun.

“Ketika ini, nilai ekonomi digital di rantau ini adalah bernilai AS$300 bilion manakala dalam bidang permainan video sahaja, Asia Tenggara telah menjana pendapatan AS$6 bilion pada tahun 2024.

“Ia sekali gus menjadikan kita pasaran permainan yang berkembang paling pesat di dunia,” katanya ketika berucap pada ASEAN Digital Content Summit 2025 (ADCS 2025) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Beliau berkata, industri kreatif Malaysia telah menjana hasil sebanyak RM87.25 bilion antara tahun 2011 hingga 2023 dengan mewujudkan lebih daripada 10,000 peluang pekerjaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI