fbpx
Mohd. Khalid ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Diploma Kepolisan dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu, hari ini. -Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

Tingkat keselamatan pemimpin, serap elemen UTK, komando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemimpin termasuk ketua negara, sultan, ketua negeri serta orang kenamaan.

Ia susulan insiden seorang wanita tempatan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Perak, Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya juga akan memberi peningkatan dari segi kursus ‘bodyguarding’ (pegawai pengiring).

“Selain itu, kita akan menyerapkan elemen-elemen unit tindakan khas (UTK) dan juga komando.

“Ini supaya ia dapat diperkemaskan semua pegawai-pegawai yang bertugas dengan pihak istana serta kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Diploma Kepolisan dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal ke atas wanita berkenaan dipercayai mempunyai masalah mental.

Katanya, polis turut menjalankan siasatan berkaitan isu dadah terhadap individu terbabit.

Sebelum ini, seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan selepas cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.20 pagi itu, wanita tersebut dilihat berlari atas pentas utama untuk mendekati Sultan Nazrin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek masuk melalui bahagian tepi pentas sebelum ditahan anggota keselamatan bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI