fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu ‘menyamun’ beberapa pasu bunga di sepanjang jalan. - TikTok

‘Orang lain sibuk demonstrasi, dia kebas pasu jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki menerima kecaman orang ramai apabila dirakam ‘mencuri’ pasu-pasu bunga di jalan raya di Surabaya, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam semasa demonstrasi besar-besaran di Surabaya kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @surabayatv menunjukkan lelaki terbabit mengambil setiap pasu bunga yang dijadikan sebagai hiasan. 

Dia secara bersahaja membuang tanaman ke tengah jalan sebelum mengumpul pasu-pasu tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai rakyat Indonesia. 

“Perangai rakyat dengan pemerintah sama sahaja,” kata seorang netizen. 

“Ini namanya merosakkan negara,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI