fbpx
Anwar ketika sesi PMQT di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JABATAN PENERANGAN

RMK13: PM akui turun Pantai Timur, utara tanya cadangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Kerajaan Madani mengambil kira keperluan pembangunan dicadangkan oleh kerajaan-kerajaan negeri bagi mempersiapkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Belanjawan 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan melakukan pendekatan mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mendengar dan menilai cadangan yang dikemukakan.

“Bagi mempersiapkan RMK13 dan belanjawan, saya turun ke negeri-negeri, ‘Anwar Turun’, tetapi ke negeri untuk mendengar dan kemudian atas permintaan Menteri Besar termasuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah mereka cadangkan beberapa keutamaan.

“Kadang-kadang berbeza dengan keutamaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan, tetapi saya ubah suai dan beri jaminan, satu dua keutamaan yang negeri pilih kita akan terima dan insya-Allah saya akan umumkan dalam belanjawan Oktober ini,” kata Anwar pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang inginkan penjelasan sama ada perancangan projek pembangunan infrastruktur oleh kerajaan Persekutuan hanya tertumpu kepada negeri tertentu dan meminggirkan sebahagian yang lain.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberikan contoh pembangunan pusat kanser di Sarawak yang pada awalnya tiada dalam perancangan kerajaan Persekutuan.

“Umpamanya kalau di Sarawak dicadangkan pusat kanser yang mulanya tiada dalam perancangan kita, tetapi Sarawak kata tidak apa, kita mulakan dengan RM1 bilion dan kerajaan Persekutuan akan bayar kemudian.

“Hal-hal seperti ini kita teruskan berdasarkan keutamaan yang ditetapkan oleh negeri, sama juga yang kita buat di Johor, Kelantan dan negeri-negeri lain,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI