fbpx
Anggota polis membawa tertuduh (dua dari kiri) untuk didakwa atas pertuduhan merogol anaknya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

Buruh didakwa ‘ratah’ anak 14 tahun dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini pada April lalu.

Tertuduh yang berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun semasa kejadian apabila perhubungan tersebut tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 11 malam pada 13 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan kes tersebut serius.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 2 Oktober depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI