fbpx
Gambar hiasan

[VIDEO] Buat RXZ Members di Putrajaya, hari pertama dah kena maki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak semua kawasan sesuai dijadikan lokasi ‘tuan rumah’ bagi penganjuran himpunan RXZ Members.

Menerusi perkongsian Mejar (B) Mohd Fitri Shuib@Ismail atau lebih mesra dipanggil Tuan Hutan, pemilihan tempat yang tepat amat penting agar acara besar sebegini berjalan lancar tanpa menimbulkan rungutan masyarakat setempat.

“Tempat paling sesuai maksudnya orang kat kawasan itu penyabar dengan bunyi motor, dengan asap, dengan suasana ramai orang. Kalau buat dekat Putrajaya, hari pertama pun dah kena maki,” katanya dalam perkongsian video di TikTok.

Sebelum ini, ada mencadangkan Putrajaya dijadikan lokasi baharu penganjuran himpunan RXZ Members kerana mempunyai ruang legar yang luas untuk mengumpulkan puluhan ribu peserta.

Beliau menegaskan, beberapa faktor utama perlu diambil kira sebelum memilih lokasi, antaranya kemampuan kawasan tersebut menyediakan kemudahan inap desa (homestay), kedai makan, ruang parkir yang luas serta sokongan penduduk sekitar.

“Kalau nak tampung 100,000 orang, berapa banyak homestay ada? Kedai makan boleh sediakan ke? Masjid pula, ada yang buka untuk beri kemudahan kepada peserta.

“Dekat Terengganu, masjid-masjid bukan sahaja buka, malah siap masak dan beri makan percuma,” jelasnya.

Katanya lagi, negeri lain sukar menandingi kelebihan Terengganu kerana kemudahan infrastruktur dan sikap penduduknya yang lebih terbuka menerima kehadiran pengunjung dalam jumlah besar.

“Kompleks sukan di Gong Badak, contohnya, ada banyak laluan masuk, parkir untuk puluhan ribu kenderaan, malah persekitarannya lebih bersedia. Kalau buat dekat stadium lain, termasuk Shah Alam, logistik jadi masalah. Homestay pun tak cukup,” ujarnya.

Selain itu, beliau menambah suasana mesra rakyat Terengganu turut menjadi faktor penarik kepada pengunjung.

Jelasnya, ada peserta RXZ Members yang datang dari jauh tetapi mendapat layanan istimewa apabila ditawarkan makanan dan penginapan secara percuma oleh penduduk tempatan.

“Di Terengganu ni, restoran buka sampai 2 hingga 3 pagi, makanan sedap dan murah, orangnya pula pemurah. Kawan saya sendiri sediakan homestay percuma untuk peserta. Itu yang membezakan Terengganu dengan negeri lain,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hanya Terengganu memiliki pakej lengkap dari segi kemudahan, kesabaran masyarakat serta keindahan destinasi pelancongannya, menjadikan negeri itu paling sesuai untuk acara mega seperti RXZ Members. – KOSMO! ONLINE

@petuadanilmu #mejarfitri #tuanhutan #alamilahalam #fyp #snipermalaysia #tenteradaratmalaysia #petua #ilmuhutan #nasihatkehidupan #rxzmember ♬ original sound – PETUA & ILMU HUTAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI