fbpx
Saifuddin Nasution pada sidang akhbar Siri Dialog Khas III PDRM yang dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Pusat Konvesyen Sime Darby, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!

Bedah siasat kedua, kubur Syamsul Haris digali secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin akan digali secepat mungkin bagi proses bedah siasat kedua.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses itu dilaksanakan susulan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

“Apabila keputusan telah dibuat seperti kes (Allahyarham Zara Qairina Mahathir), polis akan menyusul.

“Namun, ia satu proses serius melibatkan pasukan perubatan, keluarga dan doktor. (Proses) itu daripada mengeluarkan mayat dan membawanya ke hospital untuk pakar perubatan menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Siri Dialog Khas III PDRM yang dianjurkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Pusat Konvesyen Sime Darby, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam proses itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan bagi memastikan keputusan mahkamah dilaksanakan.

“Seperti kes (Zara Qairina), diberi sahaja arahan oleh Peguam Negara, polis akan ‘facilitate’ (memudahkan) proses itu.

“Itu komitmen pasukan PDRM, tak perlu dipersoalkan atau dipertikai lagi. Kubur (Syamsul Haris akan digali) secepat mungkin,” jelasnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan kubur Allahyarham Syamsul Haris digali semula.

Allahyarham Syamsul Haris, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Selangor.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ibu Syamsul Haris iaitu Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, supaya kubur anaknya digali bagi bedah siasat kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI