fbpx
ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyelamat seorang lelaki yang tersepit dalam jengkaut selepas jentera yang dikendalikannya ditimbus tanah runtuh di Keramat Pulai, Ipoh hari ini.

Pemandu jengkaut maut tertimbus runtuhan tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang pemandu jengkaut maut selepas jentera yang dikendalikannya tertimbus tanah dalam kejadian tanah runtuh di Keramat Pulai, di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.52 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki berusia 60 tahun tersepit dalam jengkaut selepas ruangan pemandu tertimbus dengan tanah menyebabkan dia gagal dikeluarkan sepenuhnya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah di lereng bukit sebelum berlaku runtuhan.

“Bantuan jengkaut yang lain digunakan bagi mengalihkan tanah yang menimbus jengkaut mangsa. Mangsa yang berjaya dibawa keluar segera diberi rawatan awal oleh anggota,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI