fbpx
Kejadian seorang kanak-kanak lelaki cedera dipercayai tersepit eskalator di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar, semalam. - Foto MEDIA SOSIAL

Budak lelaki cedera tersepit eskalator pusat membeli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun cedera pada kaki dipercayai akibat tersepit eskalator di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit yang menangis dilihat ditenangkan oleh seorang wanita dipercayai ibunya sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Menurut pengunjung, Lukman Moidin yang merupakan pakar motivasi kecemerlangan, beliau melihat seorang kanak-kanak lelaki yang cedera pada kaki dipercayai akibat tersepit eskalator.

“Masa saya sampai, kejadian sudah berlaku. Saya nampak seorang wanita sedang memegang seorang kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan pada kaki.

“Kanak-kanak itu cedera dengan luka tersiat pada kaki yang mana terdapat kesan darah pada lantai tingkat empat pusat beli-belah itu. Kanak-kanak terbabit menangis sambil dipujuk dan ditenangkan wanita dipercayai ibunya itu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak pengurusan dan keselamatan pusat beli-belah dilihat hadir membantu sebelum mangsa dibawa turun dari tingkat empat menggunakan kerusi roda untuk dibawa ke hospital.

“Saya nampak kasut yang digunakan mangsa adalah daripada jenis getah dan dipercayai menjadi punca kaki tersepit. Saya ada baca di internet mengenai bahaya kasut getah yang mana ia berisiko tersepit pada eskalator.

“Saya masih terbayang kesan darah mangsa pada lantai tingkat empat pusat beli-belah itu,” ujarnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika menggunakan eskalator dan tidak memakai kasut getah.

“Sebaik-baiknya dukung anak yang masih kecil ketika guna eskalator atau guna lif disediakan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI