BANGKOK – Seorang sukarelawan pertahanan cedera apabila sebuah pusat pemeriksaan keselamatan diserang menggunakan bom kereta di daerah Tak Bai, wilayah selatan Thailand malam semalam, lapor akhbar Bangkok Post.
Kereta itu dipandu ke arah beg pasir di pusat pemeriksaan keselamatan di kampung Ban Khok Mafuang dan meletup pada pukul 8.15 malam (waktu tempatan).
Pegawai berkata, kereta itu adalah jenis Toyota Yaris berwarna hitam yang dipercayai menggunakan nombor plat palsu.
Sukarelawan keselamatan di pusat pemeriksaan melihat dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal. Kedua-dua pihak berbalas tembakan secara ringkas.
Seorang sukarelawan pertahanan mengalami masalah pendengaran akibat letupan itu. – AGENSI