fbpx
Grand Finale Sewa Gempak Youth City menyediakan peluang pelaburan hartanah dan pelbagai hadiah menarik.

Peluang pelaburan hartanah di Sewa Gempak Youth City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Projek kediaman Youth City Residence di Bandar Baru Nilai terus menjadi tumpuan menerusi penganjuran Grand Finale Sewa Gempak oleh GD Properties dan Vince Group baru-baru ini, yang berjaya menarik minat pelabur, pembeli rumah, dan penggemar hartanah.

Sorotan istimewa acara itu ialah kehadiran pelakon terkenal, usahawan dan duta rasmi Vince Group, Datuk Rosyam Nor yang turun bersama pasukan jualan di lokasi bagi mempromosikan projek Youth City.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan GD Properties, Datuk Seri Yeat Sew Chuong; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GD Properties, Ng Khoon Haur; Pengarah Urusan Vince Group, Datuk Vincent Nee; dan Pengerusi Bukan Eksekutif Vince Group, Tunku Prof. Fauzi Abdul Malek Al Haj.

Pengunjung berpeluang menerokai kemudahan gaya hidup premium di projek berkenaan, mendapat maklumat tentang pakej pelaburan istimewa, serta menyertai ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM800,00 untuk semua pembeli baharu sebelum 31 Disember 2025.

Hadiah disediakan termasuk sebuah unit kediaman di Youth City, kereta elektrik Proton E-MAS, pakej umrah dan percutian eksklusif, serta produk elektrik dan elektronik premium.

Kehadiran Rosyam Nor memeriahkan majlis.

Kemudahan premium, lokasi strategik

Youth City merupakan projek pembangunan bercampur berskala besar yang terletak di Bandar Baru Nilai, kawasan pesat membangun dan strategik di Negeri Sembilan.

Dibina dengan konsep moden dan mesra komuniti, projek ini menggabungkan kediaman eksklusif, ruang komersial dan kemudahan gaya hidup lengkap dalam satu lokasi.

Terdiri daripada empat menara utama dengan 3,213 unit kediaman dan 96 unit lot kedai komersial, Youth City menawarkan persekitaran komuniti yang meriah dan bersepadu.

Pengunjung acara tersebut berpeluang melihat sendiri rumah kelab seluas 150,000 kaki persegi yang dilengkapi kolam renang, surau, gimnasium, ruang kerja bersama, dewan serbaguna, taman landskap, dan kawalan keselamatan 24 jam.

Aras bawah pula dilengkapi pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan harian penduduk.

Selain itu, lokasi pembangunan yang strategik di Bandar Baru Nilai memastikan akses mudah ke KLIA, AEON Nilai, Nilai 3, dan lebuh raya utama termasuk PLUS, ELITE, dan LEKAS menjadikannya pilihan ideal untuk kediaman dan pelaburan.

MoU ditandatangani bersama enam IPT memperkukuhkan kehadiran Youth City.

MoU dengan enam IPT

Pada masa sama, Youth City turut memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama enam institusi pengajian tinggi iaitu Nilai University, MILA University, INTI International University & Colleges serta dua kolej ternama, Meatech International College dan Admal Aviation College.

Kerjasama ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kejayaan pelajar melalui inisiatif pengambilan pelajar, penyediaan kemudahan penginapan berkualiti, dan peluang pembangunan kerjaya.

Ia juga mengukuhkan kedudukan Youth City sebagai hab sewaan berpermintaan tinggi, bukan sahaja untuk pelajar, malah penginapan korporat, pelancong dan jemaah umrah.

Dengan lokasi strategik berhampiran hab pengangkutan, pusat komersial, destinasi pelancongan serta populasi pelajar di Nilai yang dianggarkan seramai 35,000 orang dan terus meningkat, Youth City menawarkan peluang pelaburan stabil dan pelbagai, dengan potensi pendapatan pasif yang kukuh.

Bagi mereka yang terlepas peluang kali ini, Sewa Gempak Youth City Versi 2.0 dijangka berlangsung pada September 2025.

Ia peluang terbaik untuk memiliki rumah pertama atau menambah portfolio pelaburan hartanah, sambil berpeluang memenangi ganjaran eksklusif termasuk rumah, kereta, pakej umrah dan banyak lagi. Ikuti pengumuman rasmi tarikh acara di halaman Facebook rasmi GD Holdings. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI