Sungai ini mengandungi pelbagai jenis ikan, dan yang selalu diburu pemancing adalah siakap putih. Menurut Hafiz, memancing ikan ini lebih sesuai ketika air surut yang arusnya bergerak perlahan. Jadi, kami memilih waktu air surut yang sesuai untuk ke sungai ini, dan cuti hari minggu lalu dimanfaatkan sepenuhnya. Ketika kami sampai ke lokasi, paras surut air pada tahap terbaik dengan arusnya bergerak perlahan. Masing-masing menyiapkan kelengkapan memancing, lalu bergegas menghampiri tebing untuk melabuhkan umpan masing-masing. Diserang bulan Saya menggunakan umpan udang……