fbpx
Noraini (tiga dari kiri) merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) di Ipoh hari ini. - Foto oleh FADZIL ZAINOL/ KOSMO!

Perak kedua tertinggi rekod keganasan rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perak merupakan negeri kedua terbanyak selepas Selangor dari segi rekod keganasan rumah tangga dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bilangan mangsa di negeri ini ialah seramai 653 orang, berbanding Selangor 687 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagi tahun 2025 setakat April, kes yang dilaporkan di Perak sebanyak 425 kes berbanding 175 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

“Angka ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh setahun. Perak juga merupakan antara lima negeri tertinggi dari segi nisbah kes berbanding populasi penduduk seramai 2.6 juta orang,” katanya dalam Program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita Keganasan Rumah Tangga (Aku Wanita@KRT) di sini hari ini.

Berdasarkan rekod sepanjang tahun 2024, Perak tetap berada di tempat kedua terbanyak iaitu 842 mangsa selepas Selangor dengan 1,317 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI