fbpx
LEBIH 10,000 rakyat berhimpun secara aman di Jalan Hang Tuah, Melaka malam tadi bagi menuntut keadilan buat arwah Zara Qairina. Foto AMRAN ALI /KOSMO!

Lebih 10,000 berhimpun ‘Justice For Zara Qairina’ di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Lebih 10,000 orang berhimpun di Jalan Hang Tuah di sini, malam tadi bagi menuntut keadilan untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang kematiannya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Orang ramai dilihat mula berkumpul sejak pukul 8 malam dan acara solidariti itu dimulai dengan bacaan tahlil ringkas sebelum disusuli ucapan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis masyarakat serta pengamal undang-undang.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati rata-rata peserta membawa kain rentang, poster serta melaungkan slogan “Justice For Zara” sambil menyuarakan penolakan terhadap budaya buli dan keganasan kanak-kanak.

Sebahagian peserta turut menitiskan air mata ketika bacaan untuk arwah berkumandang pada akhir program kira-kira pukul 11 malam.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Melaka, Mansor Bai berkata, perhimpunan itu menzahirkan suara tegas rakyat terhadap pemimpin untuk melakukan pembelaan sewajarnya tanpa melindungi mana-mana pihak tertentu.

“Kami dan rakyat akan bersama-sama ibu Zara dalam penderitaan ini, kami mahu keadilan untuk kematiannya,” ujarnya.

Pengamal undang-undang, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang membacakan resolusi himpunan menegaskan, suara rakyat harus diambil serius tanpa ada campur tangan mana-mana pihak yang tidak relevan.

Beliau turut mendesak pihak berkuasa menyegerakan tangkapan dan pendakwaan terhadap pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI