fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang wanita berjalan melepasi tetamu sambil ‘berkemban’ dengan tuala. - TikTok

‘Akibat tidak diundang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian ramai selepas berjalan di sebuah majlis perkahwinan dengan hanya memakai tuala, lapor portal berita Lambe Turah hari ini. 

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @smartgrammakassar_ menunjukkan wanita terbabit berjalan melepasi tetamu sambil berkemban dengan hanya memakai sehelai tuala. 

Dia dipercayai secara tidak sengaja melalui majlis perkahwinan tersebut untuk pulang ke rumahnya. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Memang tidak ada jalan lainkah?” kata seorang netizen.

“Akibat tidak diundang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI