fbpx
ALONSO hanya berupaya mengutip 26 mata selepas mengharungi 14 perlumbaan musim ini. - AFP

F1: Aston Martin ‘buang’ musim 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bos Aston Martin, Andy Cowell mengakui terpaksa ‘mengorbankan’ saingan musim ini bagi memberi tumpuan kepada kepantasan jentera menghadapi Formula Satu (F1) 2026.

Disebabkan itu, Cowell sekadar ‘berpuas hati’ dengan prestasi semasa pasukannya yang ketika ini menghuni kedudukan keenam dalam carta keseluruhan pengeluar, di belakang McLaren, Ferrari, Mercedes, Red Bull dan Williams.

Pakar reka bentuk sensasi F1, Adrian Newey yang menyertai pasukan pada Mac lalu, tidak terlibat langsung dalam pembangunan jentera Aston Martin musim ini, sebaliknya menumpukan sepenuhnya pada kereta generasi baharu di bawah peraturan 2026.

F1 2026 bakal menyaksikan kereta lebih kecil dan ringan, enjin hibrid dengan pembahagian kuasa 50-50 antara elektrik dan pembakaran dalaman menggunakan biofuel, selain sistem DRS digantikan aerodinamik.

“Jika peraturan 2026 tiada, pasti kereta kami lebih laju hari ini. Jika Adrian fokus kepada kereta 2025 sejak Mac, saya yakin kami kedudukan semasa kami pasti berada lebih baik.

“Tetapi pasukan ketika ini memberi tumpuan pada musim 2026 kerana pelaburan ini penting untuk menghasilkan jentera lebih baik. Cabarannya adalah setiap hujung minggu perlumbaan musim ini,” kata Cowell.

Walaupun pengorbanan itu memberi kesan kepada kejayaan musim ini, Aston Martin tetap menunjukkan peningkatan apabila hanya sekali gagal mengutip mata dalam enam perlumbaan terakhir.

Di Grand Prix (GP) Hungary, Fernando Alonso menamatkan saingan di tempat kelima dan Lance Stroll meraih kedudukan ketujuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI