fbpx
HAMILTON mengakui matlamatnya bukan sahaja menjadi pelumba terbaik, namun mahu F1 menjadi tempat yang lebih baik untuk semua yang terlibat. - AFP

Hamilton serius tuntut reformasi F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SPA – Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton mahu menggunakan pengaruhnya sebagai pelumba paling berjaya yang masih aktif di Formula Satu (F1) untuk melakukan reformasi besar terhadap terma kontrak pemandu dan kebajikan kru perlumbaan.

Juara dunia tujuh kali itu memulakan musim 2025 bersama Scuderia Ferrari selepas lebih sedekad bersama Mercedes, namun mengakui fokusnya kini lebih kepada memberi sumbangan kepada sukan berbanding mengejar rekod peribadi.

“Saya tak fikir tentang legasi. Dulu saya mahu dikenang sebagai antara pemandu terbaik, tapi hari ini saya fikir secara berbeza,” katanya.

Hamilton mahu F1 mengubah sistem kontrak yang menurutnya menghalang pemandu berunding dengan pasukan lain, selain menegaskan lonjakan pendapatan sukan itu daripada £700 juta (RM3.9 bilion) kepada lebih £3 bilion (RM13.09 bilion) tidak diterjemahkan kepada kenaikan gaji pekerja.

“Ramai pekerja tidak menerima imbuhan setimpal dengan perkembangan F1,” jelasnya yang mengakui banyak isu yang berlaku di paddock setiap pasukan.

Mengambil inspirasi daripada perjuangan isu keselamatan yang dipelopori legenda seperti Niki Lauda, Hamilton berpendapat F1 perlu memberi impak positif kepada komuniti di setiap lokasi perlumbaan.

“Orang pernah kata ‘diam dan memandu’. Tapi itu bukan saya. Saya memandu, tapi saya juga bercakap, berjumpa pemimpin dunia dan membawa isu penting ke meja perbincangan. Itulah saya dan itulah yang akan saya terus lakukan,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI