fbpx
Tangkap layar siaran langsung oleh salah seorang pengguna di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang, Sabah

Hujan iringi proses gali semula kubur Zara Qairina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hujan mengiringi proses penggalian semula kubur pelajar tingkatan 1, Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang, Sabah pada petang ini.

Menerusi siaran langsung seorang pengguna TikTok yang ditonton 21,000 penonton, hujan lebat mula turun ketika pihak polis dan Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 tiba di lokasi kira-kira pukul 4.50 petang.

Penduduk setempat juga tidak melepaskan peluang apabila datang sambil membawa payung bagi menyaksikan proses tersebut secara lebih dekat.

Selain itu, pihak media turut berada di lokasi bagi berkongsi perkembangan terkini buat orang ramai yang menanti khabar sejak semalam.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan supaya kubur Allahyarham Zara Qairina, 13, digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas remaja tersebut.

AGC memaklumkan, terdapat keperluan supaya siasatan lanjut diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar itu meninggal dunia 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama kira-kira pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dibawa ke hospital oleh pihak sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI