fbpx
Gambar hiasan. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

5,000 dijangka sertai himpunan ‘Malaysia Bangkit Untuk Gaza’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 5,000 peserta dijangka menyertai perhimpunan ‘Malaysia Bangkit Untuk Gaza’ yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya telah menerima pemakluman awal daripada penganjur iaitu Sekretariat Humanity 4 Gaza (H4G) dan Persatuan Ulama Malaysia.

Menurutnya, peserta dijangka akan berkumpul di tiga lokasi utama iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Kompleks Sogo sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“PDRM menjangkakan akan berlakunya kesesakan jalan raya menghala ke pusat bandar berikutan pertambahan jumlah peserta perhimpunan yang memasuki kawasan terlibat.

“Namun pemantauan kawalan lalu lintas tetap dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berkata, pihak penganjur dan peserta dinasihatkan agar mematuhi semua peraturan dan undang-undang sedia ada semasa berhimpun selaras dengan hak-hak kebebasan berhimpun secara aman di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan mencetuskan kekacauan, rusuhan atau provokasi melampau.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline IPD Dang Wangi di talian 03-26977099 dan Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN