SIAPA sangka acara sukan kecergasan Hyrox berjaya menarik minat ramai selebriti popular tidak kira di mana sahaja termasuk, Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Terbaharu, ramai selebriti tanah air tidak terlepas menguji tahap kekuatan dan ketangkasan diri dengan menyertai Hyrox yang diadakan di Jakarta, Indonesia.
Antara selebriti itu termasuklah Aedy Ashraf, Meerqeen, Hairul Azreen dan Khairy Jamaluddin.
Aktres popular Indonesia, Luna Maya dan aktor asal Thailand, Nadech Kugimiya turut sama bermandi peluh. Paling menarik perhatian apabila peserta dari Malaysia, juga jurulatih kecerdasan, Kapten Raeiz Hamed dan Syafiq Thaqifatian dilihat tampil dengan berbaju pendekar serta busana sukan patuh syariah. Lain macam!
Mereka tak sampai ke podium, namun melekat di ingatan ramai. Difahamkan, acara suka tersebut bakal diadakan di Malaysia pada Disember depan.














