SIBU – Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam pembetung tidak bertutup di tepi Jalan Wong Soon Kai di sini pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, ia melibatkan Seksyen 3(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak dalam cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.
Katanya, satu lagi siasatan adalah mati mengejut (SDR).
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terlibat,” katanya.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superentendan Mohd. Adzmei Ahmad di talian 019-7192529 atau hadir ke balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE