fbpx
PENDUDUK mendakwa tidak mengetahui suspek terbabit kes tetak anggota polis mempunyai sejarah sakit mental.

‘Kami tak tahu dia ada sakit mental’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Penduduk di sekitar Felda Bukit Kuantan di sini tidak mengetahui bahawa lelaki yang mengamuk dan didakwa menetak anggota polis itu mempunyai masalah mental sejak sekian lama.

Rata-rata penduduk yang ditemui memberitahu, mereka tidak mengenali suspek dengan rapat selain rumah dihuni lelaki itu terletak agak jauh daripada kediaman lain.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia dan jiran-jirannya tidak mengenali suspek dan lelaki serta keluarga­nya tinggal di kawasan agak jauh daripada rumah penduduk lain.

“Saya memang tidak tahu dia mengalami masalah sama ada mental atau sebaliknya, memang penduduk kampung pun jarang tengok dia.

“Kami tak sangka berlaku kejadian seperti ini dan harap pihak berkuasa dapat memastikan ke­selamatan penduduk,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dia dan penduduk lain hanya mengetahui kejadian itu melalui perkongsian dalam WhatsApp semalam.

“Rumahnya terletak agak jauh daripada jiran-jiran tetangga yang lain, di situ rasanya tidak ada orang yang tinggal berde­katan.

“Kebanyakan orang pun nampaknya lebih kepada buat hal sendiri. Jadinya jiran-jiran yang duduk jauh ini memang kita susah hendak tahu apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya mahu dikenali dengan Hafiz berkata, sudah lama dia tidak melihat kelibat suspek yang dikenali ketika zaman kanak-kanak.

“Saya kenal dulu masa dia kecil, jadi bila sudah besar ini tidak tahu tentangnya tetapi yang saya tahu dia masih tinggal di rumah peninggalan arwah ayahnya.

“Perkara sebegini memang tidak pernah berlaku di sini, jadi saya sangat terkejut dan tidak menyangka ia membabitkan dia (suspek),”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN