fbpx
Johari menerima cenderamata sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru.- Foto RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

UMNO perlu disusun seperti sebuah pasukan bola sepak – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – UMNO perlu merangka strategi umpama sebuah pasukan bola sepak profesional sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setiap individu mempunyai peranan masing-masing dan hanya kerjasama erat akan membantu parti beroleh kejayaan memenangi undi rakyat.

Katanya, politik seperti bola sepak dimana kita tidak boleh lawan bersendirian sebaliknya mesti ada penyerang, pemain tengah, pertahanan, penjaga gol, pemain simpanan serta penyokong.

“Jika semua orang mahu jadi penyerang dan jaringkan gol, satu pasukan akan bermasalah, sebaliknya jika semua pihak main peranan masing-masing, kita boleh menang.

“Buktinya dalam PRU 15 lalu, kemenangan di Parlimen Titiwangsa bukan kemenangan saya seorang, tetapi adalah kemenangan pasukan UMNO Titiwangsa,” katanya ketika berucap menyempurnakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN