fbpx
Bella yang juga selebriti asal Sabah sangat terkesan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Papar yang dipercayai menjadi mangsa buli.

‘Jangan ada lagi Zara yang lain, tolong pantau anak-anak kita’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hati selebriti popular Bella Astillah ibaratnya hancur berderai sebaik diberitakan tentang tragedi berlaku di Sabah melibatkan kematian seorang pelajar, Allahyarham Zara Qairina yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah.

Malah, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, menegaskan pihak terlibat sepatutnya tampil untuk bertanggungjawab atas insiden yang membawa kepada pemergian pelajar berusia 13 tahun itu.

“Adik Zara Qairina, 13 tahun, anak Sabah, perginya dalam keadaan penuh tanda tanya. Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab.

“Tepuk dada, tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam? Sebagai seorang ibu dan juga orang Sabah, hati saya hancur.

“Bayangkan, anak kecil jauh daripada keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata? Takkan kita nak biarkan saja apatah lagi melibatkan nyawa!

“Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di asrama tempat ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di sana. Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kalian semua,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam pada itu, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu turut menyeru masyarakat agar tidak memandang ringan isu buli selain memberi perhatian lebih terhadap kesihatan mental serta keselamatan pelajar yang berjauhan daripada keluarga.

“Seorang anak kecil, pada usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya. Buli bukan hal remeh.

“Jangan kita diam, atau tunggu ada lagi Zara yang lain. Tolonglah pantau anak-anak kita.

“Dengarkan, didik mereka supaya jadi manusia yang ada empati dan bukan (jadi) yang kejam,” katanya lagi.

Tidak akan berdiam diri, ibu kepada dua orang anak itu akan terus memperjuangkan hak Zara Qairina dan mendoakan agar keadilan berpihak kepada arwah Zara.

“Zara bukan sekadar nama dalam berita, dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membuatkan hati dan menutup kebenaran.

“Saya doakan keadilan yang akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara. Semoga Allah SWT tempatkan adik Zara di syurga tertinggi,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Papar, Sabah yang dipercayai menjadi mangsa buli meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI