fbpx
Gambar hiasan

Bekas pengarah urusan lantik suami, pindah wang lebih RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai pengarah urusan dengan melantik suaminya sebagai Penasihat Teknikal tanpa persetujuan.

Bagaimanapun tertuduh Farah Sabryna Nasarudin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tanpa persetujuan atau ratifikasi Mesyuarat Agung telah menggunakan kedudukannya sebagai pengarah syarikat bagi melantik suaminya sebagai ‘Technical Advisor’ dan selanjutnya secara tidak langsung mengarahkan sejumlah wang RM786,209,30 ke akaun bank miliknya bagi manfaat tertuduh dan suaminya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat tersebut di sini antara 27 Januari 2021 dan 28 Julai 2023 yang didakwa mengikut Seksyen 218(1)(d) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 218(2) Akta Syarikat 2016.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Shakila Mohd. Shariff manakala tertuduh diwakili peguam bela, A. Narainasami.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 September ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI