fbpx
Dua unit jengkaut digunakan bagi memadam kebakaran di tapak sampah haram di M Residence 2.

Kebakaran tapak sampah di Rawang belum padam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAWANG – Kebakaran tapak pelupusan sampah haram seluas kira-kira empat hektar di kawasan M Residence 2, di sini, masih belum dapat dipadam sepenuhnya walaupun operasi pemadaman dijalankan sejak Ahad lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.27 pagi dan operasi dijalankan hampir 20 jam setiap hari.

“Setakat ini, kebakaran berjaya dikawal sekitar 50 peratus. Kaedah pemadaman dilakukan secara direct attack melibatkan agensi JBPM, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pasukan Tindak Cepat (Pantas), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), selain bantuan dua unit jentera penggali (jengkaut),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kebakaran sukar dipadam sepenuhnya berikutan terdapat beberapa hotspot di lokasi berbeza.

“Proses pemadaman menggunakan jengkaut sedang dijalankan,” ujarnya.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dalam kenyataan berkata, kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berhampiran M Residence 2, disahkan tidak menjejaskan kualiti air Sungai Kundang yang menjadi laluan sumber air utama ke Loji Rawatan Air (LRA) negeri Selangor.

Pihaknya segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan lewat petang semalam bagi memantau keadaan serta menilai risiko terhadap sumber air berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI