fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan kedua-kedua haiwan berkenaan.

[VIDEO] ‘Siapa langgar kawan dia…?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Reaksi seekor anjing yang sedang ‘meratapi’ kematian teman baiknya iaitu seekor kucing mengundang sebak orang ramai.

Walaupun jelas dilihat badan kucing berkenaan sudah terbujur kaku, namun anjing itu tidak berputus asa untuk ‘membangunkan’ temannya itu.

Menerusi hantaran oleh @Arief_mirul di media sosial, tidak dapat dipastikan punca, lokasi kejadian itu dan sejauh manakah kesahihan video serta gambar dikongsikan yang turut memaparkan kedua-dua haiwan berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Rata-rata orang ramai meluahkan kesedihan dan menyifatkan haiwan juga bijak menghargai temannya sendiri walaupun berlainan spesis.

“Baru gembira tadi sebab esok hujung minggu. Tak fasal-fasal nangis sekarang,” kata @Nrafqah_iqah.

“Hati aku tak kental bab macam ni,” ujar @Nrasyazlwr.

“Tolong beritahu saya ia adalah video AI (kecerdasan buatan),” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN