fbpx
Sultan Ibrahim - Foto FACEBOOK SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

Sultan Ibrahim hulur sumbangan peribadi bantu mangsa kebakaran Sandakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan sumbangan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan, Seri Paduka Baginda bertitah, bantuan tersebut akan disalurkan melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan,” titah Baginda kepada Royal Press Office, hari ini.

Sehubungan itu, Baginda turut menitahkan YSIJ supaya menghubungi Kerajaan Negeri Sabah bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lancar kepada keluarga yang terjejas.

Tragedi kebakaran yang berlaku di Kampung Bahagia itu dilaporkan menyebabkan ramai penduduk hilang tempat tinggal serta harta benda.

Sumbangan berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat yang ditimpa musibah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN