fbpx
PEKAN 'hantu' muncul di Kantharak, Thailand. - Foto The Nation

Pekan di Thailand berubah jadi ‘bandar hantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Jalan-jalan raya yang pada kebiasaan sibuk di daerah Kantharalak, wilayah Sisaket, Thailand kini sunyi sepi dan berubah menjadi bandar hantu ketika pertempuran sengit di sempadan dengan Kemboja memasuki hari keempat, lapor laman berita The Nation.

Suasana di Kantharalak hampir seluruhnya lengang. 

Seorang penduduk, Jianuwat Thaalalai ketika berdiri di hadapan hotel tempat dia bekerja berkata: “Hampir semua orang tiada. Ia boleh dikatakan seperti sebuah bandar hantu.”

“Hotel saya masih dibuka untuk mereka yang yang memerlukan penginapan,” tambahnya.

Thailand dan Kemboja masing-masing menegaskan bahawa tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri selain menggesa satu sama lain untuk menghentikan permusuhan serta memulakan rundingan.

Pusingan keganasan terbaharu itu menandakan pertempuran paling teruk antara dua negara jiran di Asia Tenggara tersebut dalam tempoh 13 tahun dengan berpuluh-puluh orang terbunuh dan lebih 130,000 lagi kehilangan tempat tinggal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI