fbpx
Ahmad (dua dari kanan) beramah mesra bersama ahli pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai Tahun 2025 di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin di Bagan Serai hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

PM sudah beri jawapan kepada BN berkaitan Titah Adendum – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) pada 11 Julai lalu telah memberi jawapan kepada isu pelaksanaan Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun jawapan yang diberikan Perdana Menteri itu tidak boleh didedahkan kepada umum atas faktor sensitiviti, namun mesejnya jelas bahawa perkara tersebut sedang ditangani di peringkat tertinggi.

“Saya orang pertama bertanya kepada Perdana Menteri ketika pertemuan di Seri Perdana, saya kata Titah Adendum ini sudah berlarutan dan kalau selesai segera lagi baik. Beliau ada memberi jawapan yang tertentu yang saya tidak boleh dedahkan di sini kerana ada perkara sensitif,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, UMNO akan meneliti terlebih dahulu laporan berhubung penglibatan ahli UMNO dalam Himpunan Turun Anwar di ibu negara hari ini sebelum sebarang tindakan diambil kerana perkara itu masih belum dapat dipastikan kesahihannya dan perlu disiasat secara terperinci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI