fbpx
Dua kura-kura yang ditemukan di dalam coli seorang wanita. - TSA

Wanita seludup kura-kura dalam bra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIAMI, FLORIDA – Seorang wanita ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor kura-kura yang disembunyikan  di dalam colinya di sebuah lapangan terbang di negeri Florida, lapor laman  berita USA Today. 

Kejadian berlaku Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, April lalu. 

Pegawai Pentadbiran Keselamatan (TSA) menahan penumpang terbabit selepas teknologi pengimejan canggih mengesan dua objek aneh tersembunyi pada dadanya. 

“Suspek dibawa untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Objek aneh itu ialah dua kura-kura,” kata  TSA di laman Linkedln kelmarin. 

Seekor kura-kura ditemukan mati, manakala seekor lagi masih hidup. 

Haiwan itu diserahkan kepada Jabatan Ikan dan Hidupan Liar Florida.

“Tolong berhenti menyembunyikan haiwan di tempat pelik pada badan anda dan cuba untuk melepasi pemeriksaan keselamatan,” kata TSA dalam satu kenyataan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI