fbpx
ANNUAR

Peminat Kelantan dapat ‘nyawa’ kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kehadiran semula Tan Sri Annuar Musa dalam arena bola sepak Kelantan memberikan ‘nyawa’ kedua dan sinar baharu kepada peminat untuk melihat pasukan negeri itu kembali menyinar seperti sebelum ini.

Mantan pemain Kelantan, S. Subramaniam menganggap Annuar adalah individu tepat kerana sering dikenali sebagai pemimpin yang cukup meminati dan memahami tuntutan bola sepak di negeri itu.

“Kalau kita lihat sekarang, ia adalah perkembangan positif apabila kembalinya Tan Sri (Annuar) dalam arena bola sepak di Kelantan.

“Satu pasukan di Liga Super, dua lagi di pertandingan lebih bawah dan pastinya mereka mahu bangkit untuk menyerikan lagi Liga Malaysia (Liga M).

“Nampak Tan Sri serius dan beliau memang ada jiwa bola. Sudah pasti kehadirannya memberi nafas baharu kepada arena bola sepak di Kelantan,” katanya.

Kelantan The Real Warriors (TRW FC) FC yang sebelum ini dikenali sebagai Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akan bertanding di Liga Super, manakala Kelantan Red Warrior (KRW) dan Kelantan WTS FC bakal  bersaing di saingan Liga A1 Semi-Pro.

Subramaniam juga menjelaskan arena bola sepak di Kelantan sentiasa menghadirkan sesuatu yang unik dan mungkin sedikit berbeza dengan negeri lain kerana peminat sentiasa menjadikan sukan itu sebagai minat utama.

“Bagi peminat di Kelantan, bola sepak adalah segala-galanya kerana di sana tidak ada hiburan lain lagi.

“Mereka letakkan jiwa mereka untuk bola dan apa yang saya lihat, walaupun bergaji rendah, mereka sanggup berbelanja untuk lihat perlawanan di stadium,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI