fbpx
Anggota polis membawa suspek (dua dari kiri) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

Aimay suspek kes tembak wanita hamil diberkas selepas tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Seorang lelaki yang diburu berhubung kes pembunuhan wanita hamil tujuh bulan yang ditembak pada perut sebelum mayatnya ditinggalkan dalam kereta di Kampung Teresek, Repek di sini tiga tahun lalu akhirnya diberkas semalam.

Suspek yang dikenali sebagai Aimay, 24, ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di jalan Bukit Lata di sini kira-kira pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Kama Azural Mohamed berkata, hasil soal siasat pemuda tersebut tidak mengaku menembak mangsa.

Katanya, anggota PGA turut menahan seorang lagi lelaki berusia 24 tahun bersama suspek.

“Mereka ditahan selepas anggota PGA mengesan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang pada tubuh suspek. Ujian saringan air kencing mendapati mereka positif methamphetamine,” katanya.

Lelaki yang berasal dari Kampung Pak Jak itu direman selama tujuh hari bermula hari ini. Perintah rema terhadap suspek dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Permohonan reman itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di mahkamah dengan menaiki trak polis kira-kira pukul 9 pag

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat seorang wanita yang sarat hamil untuk mengurut tidak kesampaian apabila dia maut selepas terkena tembakan pada perut di Repek pada 3 Jun 2022.

Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang juga ibu tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun ditemukan kira-kira pukul 4 petang dalam keadaan terbaring di tempat duduk kereta jenis Nissan Cefiro.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai ditembak dengan sepucuk pistol jenis semiauto .380 berdasarkan penemuan kelongsong peluru di dalam kereta tersebut.

Peniaga kedai runcit itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengurut di Kampung Teresek dan mayatnya ditemukan kira-kira 15 kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Lata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI