PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan akan menyegerakan usaha mengisi lebih 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan terutama doktor kontrak seluruh negara menjelang hujung tahun 2025.
Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.
Katanya, kerajaan telah menambah bilangan jawatan doktor dan pegawai perubatan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat. – KOSMO! ONLINE