fbpx
Tangkap layar video promosi program mirip LGBT yang dikongsi oleh Caprice.

[VIDEO] Thai Hot Guy tidak sabar jumpa orang PJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas rancangan mereka dibatalkan sebelum ini, program yang akan dihadiri oleh kumpulan ‘Thai Hot Guy’ dikhabarkan bakal dianjurkan semula di lokasi berbeza.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Caprice, video promosi program Thai Hot Guy yang dikaitkan dengan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu akan dilangsungkan pada 26 Julai ini.

Menerusi poster penganjuran, lokasi acara tersebut pula bakal bertempat di Petaling Jaya.

Terdahulu, ‘selebriti’ terkenal dari Thailand ini pernah mengejutkan negara kerana selepas mengeluarkan kenyataan bakal membuka cawangan restoran mereka di Kuala Lumpur.

Pada 30 Mac 2023 pula, program seumpama ini telah dibatalkan sesuai arahan pihak polis ekoran program terbabit dikaitkan dengan aktiviti LGBT.

Arahan pembatalan dibuat susulan program tersebut menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta pelbagai kecaman daripada seluruh lapisan masyarakat di negara ini. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI