fbpx

Kanak-kanak 7 tahun lemas mandi di kolam kondominum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai mengerumuni lokasi seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di kolam sebuah kondominium di Melaka.

MELAKA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan lemas di kolam renang sebuah rumah inap jenis kondominium di Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana, di sini pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Zahery Mohd. Zailani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.45 pagi dan sepasukan lapan anggota termasuk tiga jentera dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian kita dapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun telah lemas dan dikeluarkan dari kolam renang oleh orang awam terlebih dahulu sebelum pasukan bomba sampai.

“Bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) cuba diberikan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri, namun gagal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian di bawa ke Hospital Melaka oleh ambulans untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI