fbpx
TANGKAP layar rakaman video tular berdurasi 31 saat melibatkan satu kejadian tembakan oleh lelaki tempatan yang bertindak menyamun seorang mangsa di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru.

Lelaki lepas tembakan ketika cubaan samun diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Polis Johor memburu seorang lelaki tempatan disyaki melepaskan tembakan dalam kes cubaan samun di Taman Megah Ria, Masai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular mengenai kejadian itu semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 7.10 malam. Seorang lelaki masuk ke dalam sebuah premis sambil mengacukan pistol dan meminta mangsa menyerahkan wang.

“Suspek dipercayai melepaskan satu das tembakan di luar premis sebelum melarikan diri dengan motosikal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian 07-3871422 atau 07-38614222.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI