fbpx

Jadikan hotel, apartmen mewah tempat menyundal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam Ops Noda di Petaling Jaya dan Subang Jaya, Khamis lalu.

PETALING JAYA – Kegiatan pelacuran kelas atasan yang berselindung di sebalik operasi hotel dan apartmen mewah di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya berjaya dibongkar dalam satu serbuan khas, Khamis lalu.

Operasi dikenali sebagai Op Noda yang dijalankan pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil risikan dan maklumat awam.

Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, serbuan tersebut membawa kepada penahanan 21 individu termasuk seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak sebagai penjaga wanita terbabit.

Turut ditahan, 20 wanita disyaki pelacur yang terdiri daripada pelbagai warganegara iaitu dua rakyat tempatan, lapan dari China, tiga dari Mongolia, tiga dari Uzbekistan serta masing-masing seorang dari Jepun, Rusia, Vietnam dan Laos.

“Kesemua wanita terbabit terdiri daripada dua wanita tempatan, lapan wanita warga China, masing-masing tiga wanita warga Mongolia dan Uzbekistan serta masing-masing satu wanita warga Jepun, Rusia, Vietnam dan Laos.

Modus operandi sindiket pelacuran ini adalah menawarkan perkhidmatan seks melalui laman web dengan mempamerkan gambar-gambar wanita berpakaian seksi dengan meletakkan pakej serta harga untuk setiap perkhidmatan seks,” katanya.

Difahamkan, pelanggan akan membuat tempahan melalui nombor telefon yang disediakan sebelum diberi nombor bilik sebaik tiba di lokasi yang ditetapkan.

Sindiket turut menyewa beberapa unit apartmen dan bilik hotel di tingkat berbeza bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 59 kondom, 21 tuala mandi, 21 telefon bimbit, 16 kad akses hotel serta wang tunai RM4,470 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan serta beberapa seksyen di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI