fbpx

Orang lain punya pasal, pemandu bas jadi mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan situasi kawasan parkir yang dihalang oleh beberapa kenderaan.

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir khas untuk bas hingga menghalang laluan mencetus kemarahan netizen.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, sebuah bas dilihat terpaksa berhenti lama di selekoh jalan selepas laluan tersebut dihalang oleh beberapa kereta yang diletakkan sesuka hati.

Difahamkan, kawasan itu memang dikhaskan untuk kegunaan bas, namun sering disalah guna oleh pemilik kenderaan lain yang memberi alasan berhenti untuk urusan singkat.

“Kesian pemandu bas ini, pemandu kereta pergi makan tetapi main parkir sahaja kereta tepi jalan,” kongsi seorang pengguna.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap penting diri pemandu yang meletakkan kenderaan di lokasi larangan.

“Kawasan ini memang laluan bas, pemandu kereta jenis otak simpan kat lutut nak keluar makan lupa pakai otak terus hilang akal begini lah jadinya,” ujar Wan Izaki.

“Semua yang parking di situ memang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain sebab hari-hari macam ini,” komen Niezam Wahab.

Orang ramai turut menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas, termasuk menunda kenderaan yang diletakkan di kawasan terbabit.

“Pihak berkuasa sudah bolehlah ambil tindakan pergi tunda semua kereta yang suka sangat parkir dekat sini,” kata seorang pengguna.

“Sudah banyak kali sebenarnya kereta-kereta parking dekat selekoh situ, pihak berkuasa sampai kesudah tiada ambil tindakan,” balas Azzurrie Azri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI