fbpx

Nahas UPSI: Penghadang jalan jenis W-beam tidak penuhi keperluan keselamatan semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara sisa kemalangan dan barangan mangsa di lokasi insiden bas yang meragut 15 nyawa penuntut UPSI di KM53 Jalan Raya Timur-Barat dekat Gerik pada Jun lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

PETALING JAYA – Penghadang jalan jenis W-beam di lokasi kemalangan maut membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu tidak memenuhi keperluan keselamatan semasa.

Menurut Laporan Awal Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), kegagalan reka bentuknya menyumbang secara langsung kepada penembusan struktur ke dalam kabin bas.

“Sekali gus meningkatkan keparahan kecederaan,” jelas laporan tersebut.

Laporan tersebut turut memaklumkan, reka bentuk fizikal jalan di lokasi kejadian tidak menyediakan perlindungan mencukupi bagi pemanduan selamat di laluan berbukit dan berselekoh tajam.

Kata laporan berkenaan, ketiadaan pembahagi fizikal, garisan tengah yang jelas serta papan tanda amaran yang mencukupi telah mengurangkan keupayaan pemandu untuk menjangka risiko dengan lebih awal.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik.

Ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI