fbpx

Kanak-kanak keluar rumah sendiri ketika bapa tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA kanak-kanak perempuan yang videonya tular ditinggalkan di tepi jalan di Garden Avenue Seremban 2 telah diserahkan kepada ibu bapanya.
SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan kanak-kanak yang videonya tular ditinggalkan di tepi jalan di Garden Avenue Seremban 2 di sini telah keluar sendiri dari rumah semasa bapanya sedang tidur dan ibunya bekerja.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, bertindak atas maklumat pihak polis telah membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Seremban 2 untuk tujuan perlindungan pengesahan identiti.
“Hasil pemeriksaan fizikal pihak polis terhadap kanak-kanak berkenaan mendapati tiada sebarang kecederaan atau tanda mencurigakan.
“Pihak polis telah mengesan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang merupakan warga Myanmmar. Kanak-kanak itu telah diserahkan semula kepada ibu bapanya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam video berdurasi 12 saat itu kelihatan seorang kanak-kanak perempuan duduk di tepi jalan sambil dipeluk adik perempuannya  dari belakang berserta satu botol susu di tepi mereka.
Mohamad Hatta berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada orang awam yang prihatin dan pantas melaporkan kejadian tersebut.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited memastikan keselamatan serta kebajikan kanak-kanak terpeliharan dan akan terus menjalankan siasatan serta pemantauan demi kepentingan awam. Semua harap diharap bekerjasama agar tidak membuat sebarang spekulasi dan kes telah selesai,” katanya.
Terdahulu, perkongsian video berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan kebanyakannya meluahkan simpati dengan nasib dua beradik itu selain turut mengecam tindakan ibu bapa mereka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI