fbpx

Kelar bekas kekasih: 12 keterangan diambil, mangsa stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum ini.

SUBANG JAYA – Polis sudah mengambil 12 keterangan bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita warga asing yang cedera selepas diserang dan dikelar bekas teman lelakinya di sebuah universiti swasta di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, rakaman percakapan itu membabitkan kakitangan universiti, rakan mangsa serta saksi yang melihat kejadian.

Menurutnya, mangsa berusia 20 tahun itu yang ditempakan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berada dalam keadaan stabil.

Sebelum ini, Wan Azlan dilaporkan berkata, rasa tidak puas hati kerana menipu menjadi punca mangsa diserang dan dikelar bekas teman lelakinya dengan pisau.

Beliau berkata, suspek mendakwa bekas teman wanitanya telah menuduhnya menghalang mangsa keluar dari rumah.

Suspek yang merupakan warga asing direman empat hari sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI