fbpx

Curi troli pasar raya, jual di kedai besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa orang lelaki yang mencuri troli dari pasar raya untuk dijual ke kedai besi buruk.

PETALING JAYA – Sekumpulan lelaki didakwa mencuri troli dari sebuah pasar raya sebelum menjualnya ke kedai besi buruk.

Menerusi sebuah video yang tular menunjukkan beberapa lelaki sedang memotong ‘coin lock’ yang terdapat pada troli berkenaan dipercayai bagi memudahkan proses penjualan.

“Mereka ambil troli dari pasar raya masuk dalam lori dan bawa ke kedai mereka. Selepas itu, dia potong ‘coin lock’ dan masukkan dalam lori untuk jual ke kedai besi buruk,” tulisnya seorang pengguna pada hantaran tersebut.

Rata-rata orang ramai di ruangan komen menyelar tindakan sekumpulan lelaki tersebut dan berpendapat tindakan itu sebagai jenayah yang wajar dikenakan hukuman.

“Masaklah kedalam nanti, ambik troli pasar raya terkenal pula itu. Tunggulah surat oeguam nanti, yang tukang potong kunci pada troli itu pun bersiap sedia lah,” komen Rostam Othman.

“Buat laporan polis pun tak guna sebab ini bukan kali pertama berlaku. Nanti pihak pasar raya pula disalahkan sebab cuai letak troli bersepah dan pekerja tak kutip balik,” kata Miow Keparat.

Sementara itu, orang ramai turut menggesa pihak berkuasa agar bertindak segera terhadap pihak terlibat demi menjaga kemudahan pengguna lain.

“Video sudah ada ini, pihak pengurusan pasar raya kena buat laporan segera supaya dorang kena tangkap,” ujar Nazarul Fareen Malik

“Tak payah tunggu lama-lama ini semua sudah nampak jelas, video ni pun sudah tular, apa lagi pihak berkuasa ambillah tindakan cepat,” balas Douyin99. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI